PENGALAMAN DI UKM
Sepanjang saya berkecimpung dalam dunia pendidikan ini bermula daripada Tadika Kemas, Sekolah Kebangsaan Sungai Kob, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kob, Kolej Matrikulasi Perlis sehinggalah dapat menjejakkan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM satu-satunya tempat paling best sekali. Mula-mula nak masuk dulu macam-macam terlintas di otak sebab tak semua orang dapat masuk universiti. Tambah-tambah pulak UKM iniversiti no.2 di Malaysia. Tapi bila dah dapat masuk UKM memang sangat-sangat teruja. Nak tahu tak kenapa saya suka sangat dengan UKM ?
1. Salah satu sebab saya suka UKM kerana jadual belajar tak padat. Bila masuk UKM pelajar itu sendiri yang perlu cipta jadual kelas. Selalunya budak lelaki suka pilih kelas petang sebab malas nak bangun pagi. Semua tu terpulang kat pelajar tu sendiri. Kalau macam jadual saya setiap hari ada satu kelas ja cuma ada satu hari ja yang dua kelas. Ada hari yang ada kelas, ada hari yang x dak kelas. X macam sekolah dulu, setiap hari sebelum pukul 7 dah kena ada dekat sekolah. Balik x tentu pulak tu. Kadang tu petang baru boleh balik rumah sebab ada kelas tambahan. Itulah salah satu sebab seronok belajar di universiti.
2. Pemandangan yang sangat cantik. UKM memang tempat yang sesuai sangat nak belajar sebab dikelilingi hutan. Dalam banyak-banyak universiti yang ada di Malaysia UKM satu-satunya universiti yang ada hutan simpan. Suasana macam ni la yang sesuai untuk belajar. Walaupun banyak monyet kat sini tapi monyet-monyet ni x kacau orang. Bukan macam monyet dalan hutan yang buas tu.
3. Banyak kemudahan. Contohnya kemudahan internet. Pi lah mana-mana tempat dalam UKM ni semuanya ada wifi. X jadi masalah kalau x ada data. Perkhidmatan bas juga ada disediakan di sini. Bas yang masih baru dan sangat selesa. Kat sini banyak pelajar-pelajar yang ada kereta buat perkhidmatan uber. jadi, x perlu risau sapa yang x dak kenderaan tu. Selain itu, UKM juga x macam universiti lain sebab UKM boleh keluar masuk bila-bila sahaja. X dak masa yang ditetapkan. X macam universiti lain, sebelum pukul 11 malam dah kena masuk dalam universiti.
Setakat ni sahaja saya cerita tentang menariknya UKM. Nanti kalau saya ada masa saya akan update lagi tentang UKM yang anda semua x tahu. Saya rasa sangat-sangat bangga sebab terpilih menjadi mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Insyaallah kalau masa mengizinkan saya akan sambung master di unversiti yang sama. Jadi, kepada sesiapa yang nak buat ijazah bolehlah pilih Universiti Kebangsaan Malaysia.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam sis, nak tanye, penginapan di UKM ni macam mane ye? Tq :)
ReplyDelete